PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Myfuturejobs Walk-in Interview 2026 – Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) Di NADI Salor

20 Julai 2026 (Isnin) – Telah berlangsung Program Temu Duga MyFutureJobs bersama Proton Sdn Bhd di NADI Salor. Proton Holdings Berhad, yang biasanya dikenali sebagai PROTON, ialah sebuah syarikat automotif multinasional Malaysia. Proton ditubuhkan pada 7 Mei 1983, sebagai satu-satunya syarikat kereta bajet kebangsaan Malaysia sehingga kemunculan Perodua pada tahun 1993. Syarikat ini beribu pejabat di Shah Alam, Selangor, dan mengendalikan kemudahan tambahan di Proton City, Perak.

Program ini dijalankan dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang dengan kerjasama PERKESO Kota Bharu. Selain sesi temu duga, pihak Proton turut membawa petugas kesihatan bagi melaksanakan saringan kesihatan kepada semua calon yang hadir, sebagai langkah memastikan kesejahteraan bakal pekerja. Seramai 30 orang calon telah menghadiri sesi temu duga ini. Daripada jumlah tersebut, 27 orang berjaya dan layak diterima bekerja oleh Proton.

Program ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat, malah memperkukuh kerjasama strategik antara Proton dan PERKESO dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja di Kelantan.

Berita Berkaitan