PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat di SMK Panchor Perdana

Khamis, 21 Mei 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), NADI Salor, NADI Kampung Pantai Sabak,NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Kampung Padang Kala telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat bertempat di SMK Panchor Perdana melibatkan 420 orang pelajar dan 16 orang guru. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.

Seramai 420 orang pelajar telah menyertai program ini dengan penuh semangat. Pelbagai pengisian bermanfaat telah dijalankan termasuk ceramah kesedaran keselamatan digital, kuiz interaktif dan perkongsian ilmu tentang risiko buli siber serta langkah pencegahan.

Aktiviti:
Modul ini dilaksanakan dengan taklimat penerangan Modul Ringkas Pelajar Sekolah Menengah 13-17 Tahun dan murid-murid diterangkan mengikut susunan modul seperti berikut :
– Pengenalan NADI : Perkhidmatan, Kemudahan, Inisiatif Kerajaan dan lain-lain
– Taklimat cara penggunaan Internet Selamat
– Pelajaran 1: Fakta atau Auta
– Pelajaran 2: Detektif Jejak Digital
– Pelajaran 3: Red Flag
Hasil Program:
Program ini berjaya mencapai objektifnya apabila pelajar dapat membezakan maklumat sahih dan palsu di internet, menilai risiko mendedahkan maklumat peribadi secara terbuka, memahami konsep jejak digital serta implikasinya, di samping mengenal pasti tanda awal pengantunan siber dan mengambil langkah melindungi diri.

Berita Berkaitan