Sabtu, 14 Mac 2026 – Program ini membuka peluang kepada usahawan komuniti memperkenalkan serta memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat setempat, sekali gus menyemarakkan suasana menjelang Syawal melalui penglibatan komuniti dan aktiviti yang dijalankan di NADI.Penganjuran Bazar Raya NADI mencerminkan peranan berterusan MCMC melalui NADI dalam merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi, di samping memperkasa komuniti melalui pelbagai peluang dan inisiatif yang disediakan di NADI.
Penganjuran ini membuka peluang dan memberi platform kepada usahawan NADI memperkenalkan produk mereka serta merancakkan ekonomi komuniti menjelang sambutan Aidilfitri.


