Selasa, 26 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Salor telah melaksanakan Program Masa Depan E-Sukan & Teknologi Digital yang selama tiga hari, iaitu dari 26 hingga 28 Jun 2026, bermula pada 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan industri e-sukan dan teknologi digital, di samping meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang digital melalui pelbagai aktiviti dan sesi perkongsian yang telah disediakan.
Sepanjang program berlangsung, peserta menunjukkan penglibatan yang aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. NADI Salor berperanan sebagai lokasi pelaksanaan dan memberikan sokongan bagi memastikan kelancaran program sepanjang tempoh penganjurannya.
Program ini berjaya memberi manfaat kepada para peserta dengan meningkatkan pemahaman mereka terhadap perkembangan e-sukan dan teknologi digital. Selain itu, peserta turut memperoleh pendedahan mengenai peluang pembangunan kemahiran digital serta potensi kerjaya dalam industri yang semakin berkembang ini.


