07 Mei 2025, Rabu – Seramai 461 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Salor telah mengambil bahagian dalam Program Pengenalan NADI, Celik DELIMa dan Taklimat NADI Shield yang dijalankan dari jam 7:40 pagi hingga 9.00 pagi. Program ini direalisasikan melalui kerjasama erat antara empat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), iaitu NADI Salor, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Padang Kala dan NADI Kampung Pantai Sabak.
Matlamat utama program ini adalah untuk menyedarkan pelajar tentang apa itu NADI dan perkhidmatan apa yang disediakan untuk para pelajar, guru dan komuniti amnya. Selain itu, program ini juga mendedahkan pelajar akan kepentingan keselamatan siber melalui Taklimat NADI Shield, di samping memperkenalkan cara penggunaan platform DELIMa dengan selamat dan efisien. DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) ialah platform digital yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran digital untuk guru, pelajar dan ibu bapa di sekolah-sekolah awam di seluruh negara.
Sebagai nilai tambah, program ini juga menyediakan saringan kesihatan percuma kepada para guru sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan. eKelas, iaitu inisiatif pendidikan digital oleh Maxis, kini boleh diakses secara meluas melalui portal DELIMa Kementerian Pendidikan. Program ini menawarkan pelbagai sumber pendidikan seperti kandungan digital percuma, bengkel interaktif dan klinik peperiksaan bagi membantu pelajar meningkatkan pencapaian melalui pendekatan digital.


