Selasa, 24 Februari 2026 – Program Outreach ICU @ NADI Jajahan Kota Bharu telah berjaya dilaksanakan di NADI Salor sebagai satu inisiatif mendekatkan perkhidmatan agensi kerajaan dan rakan strategik kepada komuniti setempat.
Program ini melibatkan penyertaan beberapa kaunter perkhidmatan utama iaitu:
1. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Kelantan – Menyediakan semakan dan pendaftaran eKasih, penerangan bantuan MADANI serta padanan pekerjaan bagi membantu golongan sasar meningkatkan taraf hidup.
2. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) – Memberi khidmat semakan caruman, pendaftaran skim keselamatan sosial dan MYFutureJobs untuk perlindungan serta peluang pekerjaan.
3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – Menyediakan urusan pendaftaran ahli, i-Akaun, simpanan, semakan penyata dan kemas kini maklumat pencarum.
4. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) – Menyediakan maklumat berkenaan pembiayaan, bantuan pendidikan dan program pembangunan ekonomi ummah.
5. Telekom Malaysia (TM Unifi) – Menawarkan perkhidmatan dan penerangan berkaitan internet jalur lebar serta pakej sambungan digital.
6. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) – Menyediakan pemeriksaan kesihatan asas kepada komuniti sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan kesejahteraan setempat.
Program ini bertujuan memperkukuh usaha memangkas kemiskinan melalui pemudahcaraan akses bantuan, perlindungan sosial, peluang pembiayaan serta sokongan digital kepada golongan sasar agar kesejahteraan hidup masyarakat dapat dipertingkatkan secara menyeluruh dan berkesan.
