PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat di SMK Penambang

Selasa, 10 Februari 2026 –

Kluster NADI di bawah Jajahan Kota Bharu merangkumi 5 buah NADI telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Penambang yang melibatkan seramai 250 orang pelajar Tingkatan 1-5. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang kepentingan menggunakan internet secara bijak, beretika dan selamat.
Program dilaksanakan melalui Modul Ringkas pelajar yang merangkumi 4 pelajaran utama (Sekolah Menengah):
Pelajaran 1: Maklumat Palsu
Pelajaran 2: Jejak Digital
Pelajaran 3: Red flag.
Pelajaran 4: Buli siber.
Objektif KIS (Sekolah Menengah):
* Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga jejak digital dan privasi peribadi.
* Meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya buli siber, scam, penyebaran berita palsu dan risiko jenayah siber.
* Membimbing pelajar menggunakan media sosial secara beretika, bertanggungjawab dan tidak keterlaluan.
* Menyedarkan pelajar mengenai kesan ketagihan gajet dan permainan dalam talian terhadap kesihatan mental dan prestasi akademik.
* Membentuk sikap pelajar yang lebih kritis dan bijak menapis maklumat sebelum berkongsi atau mempercayainya.
* Memupuk nilai tanggungjawab digital sebagai pengguna internet yang selamat, berdisiplin dan menghormati orang lain.
Hasil Program:
Kempen Internet Selamat (KIS) di sekolah menengah membantu pelajar menjadi lebih berwaspada dan beretika dalam penggunaan internet. Pelajar dapat memahami cara melindungi akaun media sosial, mengelak daripada menjadi mangsa buli siber atau penipuan, serta lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang maklumat. Program ini juga berjaya membentuk sikap positif dalam kalangan pelajar untuk mengimbangi penggunaan internet dengan aktiviti bermanfaat lain. Pada akhir program, penyampaian poster AIFA telah diagihkan kepada wakil sekolah.

Berita Berkaitan