Ahad, 30 November 2025 – NADI Salor bersama NADI Kampung Padang Kala telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Melor.
Program ini dirangka untuk membina asas kefahaman dalam kalangan pelajar Tingkatan 1-3 tentang penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab tanpa memperkenalkan media sosial secara langsung. Objektif program ini ialah mendidik dan memperkasakan pelajar supaya menggunakan internet secara selamat, bertanggungjawab, dan beretika. Pelajar juga diberikan langkah-langkah yang patut diterapkan semasa melayari sosial media bagi mengelakkan dengan perkara-perkara yang berunsurkan negatif.
Program dilaksanakan melalui Modul Ringkas pelajar yang merangkumi 4 pelajaran utama:
Pelajaran 1: Fakta @ Auta
Pelajaran 2: Jejak Digital & Privasi di Media Sosial.
Pelajaran 3: Red flag
Pelajaran 4: Buli siber.
Objektif KIS (Sekolah Menengah)
• Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga jejak digital dan privasi peribadi.
• Meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya buli siber, scam, penyebaran berita palsu dan risiko jenayah siber.
• Membimbing pelajar menggunakan media sosial secara beretika, bertanggungjawab dan tidak keterlaluan.
• Menyedarkan pelajar mengenai kesan ketagihan gajet dan permainan dalam talian terhadap kesihatan mental dan prestasi akademik.
• Membentuk sikap pelajar yang lebih kritis dan bijak menapis maklumat sebelum berkongsi atau mempercayainya.
• Memupuk nilai tanggungjawab digital sebagai pengguna internet yang selamat, berdisiplin dan menghormati orang lain.
Hasil Program
Kempen Internet Selamat (KIS) di sekolah menengah membantu pelajar menjadi lebih berwaspada dan beretika dalam penggunaan internet. Pelajar dapat memahami cara melindungi akaun media sosial, mengelak daripada menjadi mangsa buli siber atau penipuan, serta lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang maklumat. Program ini juga berjaya membentuk sikap positif dalam kalangan pelajar untuk mengimbangi penggunaan internet dengan aktiviti bermanfaat lain. Selain itu, pihak sekolah juga diberikan taklimat berkenaan AIFA. Penyerahan poster AIFA kepada pihak sekolah telah dilaksanakan dan cikgu telah mengisi borang penerimaan borang tersebut untuk SMK Melor.


