Khamis, 21 Mei 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), NADI Salor, NADI Kampung Pantai Sabak,NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Kampung Padang Kala telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat bertempat di SMK Panchor Perdana melibatkan 420 orang pelajar dan 16 orang guru. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.
Seramai 420 orang pelajar telah menyertai program ini dengan penuh semangat. Pelbagai pengisian bermanfaat telah dijalankan termasuk ceramah kesedaran keselamatan digital, kuiz interaktif dan perkongsian ilmu tentang risiko buli siber serta langkah pencegahan.


