28 Ogos 2026 (Jumaat) – Pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend Mobile Legends (MLBB) Peringkat Negeri Kelantan merupakan program e-sukan yang bertujuan mencungkil bakat, mengasah kemahiran strategi serta memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan peserta. Pertandingan ini merangkumi peringkat kumpulan, playoff dan akhir dengan jumlah hadiah terkumpul sebanyak RM7,000.
Program ini turut melibatkan NADI Salor sebagai lokasi pelaksanaan aktiviti bagi memberi peluang kepada komuniti setempat untuk menyertai dan mengikuti pertandingan e-sukan yang dianjurkan.
Selain itu, program ini turut disertakan dengan tayangan video kesedaran bertajuk “Budaya Pasukan yang Positif” bagi memupuk nilai kerjasama, komunikasi berkesan, sikap saling menghormati dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.

