19 April, Sabtu –
Pasukan e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) yang mewakili NADI Salor ke Pertandingan NADI e-sukan peringkat negeri Kelantan telah menyertai tontonan Modul Literasi Digital & Masa Depan Komuniti sebagai sebahagian daripada inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat. Program ini bertujuan memperkasakan golongan belia dengan ilmu dan perspektif baharu tentang peranan teknologi dalam membentuk masa depan yang lebih cerah.
Melalui modul ini, para peserta didedahkan kepada kepentingan literasi digital dalam era moden serta potensi besar dalam industri e-sukan. Ia menekankan bahawa e-sukan bukan sekadar hiburan semata-mata, malah mampu menjadi platform kerjaya jika disertai dengan semangat, disiplin, dan perancangan yang betul.
Program ini turut membuka minda peserta untuk melihat e-sukan sebagai cabang industri digital yang berpotensi menjana pendapatan, sekali gus membina masa depan komuniti yang lebih celik digital dan berdaya saing. NADI Salor akan terus menyokong aktiviti yang membangunkan kemahiran serta potensi anak muda setempat.


