PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Mini Akademi Asas Penerangan Parlimen Kubang Kerian Di NADI Salor

Sabtu, 28 Jun 2025 – Seramai 18 orang warga Komuniti Madani Parlimen Kubang Kerian menyertai Program Mini Akademi Asas Penerangan Parlimen Kubang Kerian. Slot pertama program memfokuskan peranan komuniti sebagai ejen penyampaian maklumat kerajaan, lengkap dengan sesi amali dan soal jawab yang memberi ruang kepada peserta untuk memahami tanggungjawab serta peranan mereka dalam menyampaikan maklumat dasar kerajaan secara lebih berkesan.
Slot kedua pula memberi pendedahan kepada peserta dalam kemahiran asas penyuntingan video menggunakan peranti mudah alih. Peserta diajar cara menghasilkan kandungan visual yang ringkas dan menarik sebagai medium penyebaran maklumat kepada masyarakat. Program ini berjaya mencungkil potensi komuniti untuk lebih celik informasi dan aktif dalam penyampaian maklumat semasa.

Berita Berkaitan