PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) Sekolah Kebangsaan Pauh Lima

Isnin, 21 Julai 2025 – Program ini adalah usahasama MCMC Negeri Kelantan dengan kerjasama NADI Kluster Kota Bharu & Kluster Bachok. Antara pengisian utama ialah Program Kempen Internet Selamat (K.I.S.) yang menyasarkan murid tahap dua sekolah rendah.
Taklimat KIS dijalankan secara dalam kumpulan (pergerakan murid mengikut stesen) dengan sokongan staf NADI Kampung Padang Kala, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Pantai Sabak, NADI Salor, NADI Jelawat, dan NADI Gunong dan bantuan pegawai MCMC, Encik Azidi dari Pejabat MCMC Negeri Kelantan.
KIS kali ini menggunakan Modul 2 Sekolah Rendah (10–12 Tahun) melibatkan 50 orang murid Tahap 2 dari tahun 4 Gamma dan 5 Gamma. Mereka ditempatkan di dewan terbuka sekolah dan mengikuti lima pelajaran utama.

Modul yang Digunakan:
Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (10-12 Tahun).

Hasil Program:
Modul ini menekankan penggunaan internet secara positif dan had umur untuk menggunakan media sosial. Program ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberi asas kefahaman penggunaan internet yang selamat, kesedaran kepada murid tentang had umur di akaun media sosial, bahaya penggunaan internet yang tidak terkawal serta menggalakkan mereka untuk meneroka aktiviti alternatif yang lebih bermanfaat.

#KempenInternetSelamat
#MCMC
#NADIKelantan

Berita Berkaitan