PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Bazar Raya NADI 2025

22 Mac 2025, Sabtu – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Salor telah menganjurkan Program Bazar Raya yang meriah dan penuh warna-warni bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara komuniti setempat serta memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan produk mereka. Pelbagai pilihan barangan dan juadah raya ditawarkan kepada pengunjung yang hadir, menyemarakkan lagi suasana menjelang Syawal.

Antara pengisian menarik yang turut dijalankan sepanjang program termasuk Taklimat Keusahawanan dan Kesedaran Keselamatan Dalam Talian yang memberi pendedahan berguna kepada para pengunjung tentang selok-belok dunia perniagaan serta pentingnya perlindungan data dalam urusan digital. Selain itu, sesi saringan kesihatan percuma turut disediakan sebagai inisiatif kesejahteraan komuniti, manakala goodies turut diberikan kepada mereka yang mendaftar sebagai ahli baharu NADI.

Pihak NADI Salor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah hadir dan menyokong penganjuran program ini. Diharapkan setiap aktiviti yang dianjurkan dapat memberi manfaat berterusan kepada masyarakat setempat serta membawa keberkatan dan keceriaan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Berita Berkaitan