PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Senam Sihat Madani Merdeka 2026

29 Ogos 2026 (Sabtu) – NADI Salor bersama-sama NADI Kampung Padang Kala menyertai sesi Senam Sihat Madani Merdeka ini di seluruh Malysia, dengan satu semangat, bergerak serentak di seluruh negara! Hari ini, komuniti dari pelbagai latar belakang bersama-sama menjayakan Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 sempena Bulan Kebangsaan.

NADI Salor telah menyertai Program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 yang berlangsung serentak di seluruh negara pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Seramai 84 orang peserta dari komuniti setempat telah hadir bagi memeriahkan acara yang julung kali diadakan bersempena cabaran untuk memecah rekod Malaysian Book of Record.

Program ini membawa pelbagai kebaikan kepada masyarakat, antaranya:

  • Meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat melalui aktiviti senaman bersama.
  • Mengukuhkan semangat perpaduan dan patriotisme sempena sambutan bulan kemerdekaan.
  • Membina keyakinan diri dan keseronokan beraktiviti dalam suasana komuniti yang harmoni.

Selain senaman utama, acara selingan turut dijalankan termasuk Saringan Kesihatan percuma yang dikendalikan oleh petugas NADI sendiri. Inisiatif ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui tahap kesihatan mereka secara mudah dan pantas.

Bagi menambah kemeriahan, pihak NADI juga telah merakam video khas aktiviti pada hari tersebut sebagai kenangan dan simbol semangat merdeka tahun 2026.

Dengan sambutan yang memberangsangkan, Program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 bukan sahaja mencatat sejarah, malah menjadi wadah memperkukuh kesejahteraan komuniti serta menyemarakkan semangat kemerdekaan di seluruh negara.

Lebih daripada sekadar bersenam, program ini menyatukan komuniti melalui gaya hidup sihat, kebersamaan dan semangat perpaduan.

Berita Berkaitan